XtGem Forum catalog

Mengapa menunggu senja?
Ya Allah...
My Link!
Rehat
---

Jangan bersedih, kerana anda telah melalui kesedihan itu kemarin dan ia tidak memberi manfaat apapun. Ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudian anak anda akan lulus kerana kesedihan itu? Saat bapak anda meninggal dan anda bersedih, apakah ia akan hidup kembali? Manakala anda merugi dalam suatu bisnis dan kemudian anda bersedih, apakah kemudian kerugian itu berubah menjadi kerugian?

Jangan bersedih, sebab bila anda bersedih gara-gara satu musibah, maka musibah yang satu itu akan menjadi berlipat ganda. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu hanya menambah kesusahan anda saja? Saat anda bersedih kerana cercaan musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat mereka untuk menyerang anda. Atau, ketika anda mencemaskan terjadinya sesuatu yang tidak anda sukai, ia akan mudah terjadi pada anda.

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi, dan anak-anak yang cerdas tidak ada gunanya sedikitpun.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya hanya akan membuat air yang segar terasa pahit, dan sekuntum bunga mawar yang indah tampak seperti sebongkok labu, taman yang rimbun tampak seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia menjadi penjara yang pengap.

Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati. Anda masih memiliki kedamaian, keamanan dan kesehatan."Maka, nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan." (QS. Ar-Rahman:13)

Jangan bersedih, kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini, rumah yang anda diami, nasi yang anda makan, air yang anda minum, pakaian yang anda pakai, dan isteri tempat anda berbagi rasa. Mengapa harus bersedih?
««
saudaraku..
sentuhlah hati berhentilah pornografi

Laa Tahzan~!
By;
DR. Aidh Al-Qarni

Back
Smart Wap!
Right to copy - All [Silahkan menyalin isi atau menyebarluaskan URL situs ini untuk tujuan kebaikan]
www.solution.wen.su
Suport4U
Powered By
Smangat4U
[ Berbagai Sumber ]



Создай сайт! Create site!